Wednesday, 18 December 2019

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019



Assalamualaikum semua hihi...

Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof Normaliza. Jadi untuk entri kali ini special sikit sebab aku akan cerita a.k.a luahkan semua perasaan aku yang selama ini kupendam huhuhu cewahh haha.

Okay, first of all omputeh cakap aku nak share perasaan aku SEBELUM aku terjebak dalam kelas multimedia ni haha. Sebelum-sebelum ni memang aku dengar banyak dah junior-junior dan senior-senior duk bercerita pasal subjek ni dan PENSYARAH subjek ni. Dorang asyik-asyik sebut nama prof, "Prof" sana "Prof" sini, "Prof Normaliza" "Prof Normaliza". Haa gittuhh. Aku pun hairanlah tapi dalam masa sama tak sabo nak masuk kelas ni final year nanti maklumlah masa tu aku baru sem 3 dan junior tengah ambil subjek ni. Bagi aku, aku rasa kelas ni best lah sebab macam rilek, diulang ye MACAM RILEK sebab kau kena buat video je. Siapa tak suka kan kerja-kerja macam ni lagi banyak berbanding ngadap buku ngadap microsoft word HAHA. Tapi ternyata anggapanku salah sama sekali. Haa best ke tak best kelas ni sebenarnya ? Meh baca lagihhh.

Second, bila fasa dah masuk kelas Prof bermula, maka bermulalah perjalanan hidupku yang sebenar-benarnya di UPM ni HAHAHA. Okay, mula-mula aku okay je masuk kelas Prof ni cuma Prof macam garang sikit tapi kelakar haa macam mana tu ? So bila aku perati ouhh Prof ni jenis brutal sikit HAHA dan sempoi, aku suka jugak kalau dapat pensyarah macam ni, bila lagi kau nak bergembira dalam kelas kan boleh gelak-gelak haa dalam kelas pensyarah-pensyarah macam ni je lah. So hari-hari aku baik sahaja sehinggalah minggu-minggu yang seterusnya menjelma hehehe. Haaa cumaaa kelas Prof ni tak boleh lambat sesaat pun tidakkk habis lah kauu haha. Tak boleh pakai selipar walaupun aku jenis tak pakai selipar dan memang salah pun dari sudut etika pemakaian pelajar cewah haha, cuma bezanya Prof check satu-satu siapa pakai selipar masa kelas pertama tu.


Okay seterusnya, fasa-fasa aku dan ahli kumpulan aku (Gadis Trex Production) kian bertambah serabut bila dah dapat satu demi satu tugasan. Tugasan mula-mula simple je tapi minggu makin dasyat. Bukan saja tugasan wajib mingguan tu kelas amali lagi. Fuhhh dengan bawak laptopnya setiap Selasa. Selasa pulak antara paling padat kelas, memang redo je jawabnya.
Aku teringatkan satu benda iaitu tugasan Instagram. Bila Prof suruh letak #, barulah selama ni aku sedar budak-budak kat IG selama ni yang post gambar sikit tag Prof, dengan # pun nama Prof rupanya budak kelas mutimedia. Sebab ada sorang senior lelaki ni aku stalk IG dia (bukan sebab suka) sebab aku terjumpa IG dia aku tengok semua gambar dia dia letak nama Prof, aku pun kata dalam hati "anak mak ke dia ni sampai semua benda tag mak dia" HAHAHA ngek nya aku selama ni ingat senior laki tu anak Prof rupanya dia tengah buat tugasan ya Allahhhh. Sampai sekaranglah aku ingat benda ni. Tak pasal-pasal aku dah satu sem melabel seseorang anak mak tanpa sengaja. 

Okay, bercerita dari segi emosi, fizikal dan mental aku sepanjang kelas ni. Emosi aku naik turun seiring dengan tugasan yang Prof bagi. Kadang aku enjoy sangat buat tugasan kadang aku geram sangat sebab BANYAK GIL* kerja Prof bagi huhuhu sorry Prof (Prof cakap boleh luah kan hihiwiwi). Aku kadang rasa sedih pun ada sebab bila tugasan kumpulan, idea aku jarang orang terima HAHA jaranglah, walhal aku rasa idea aku tu kena dengan taste Prof tapi tak apa sebab aku tahu kumpulan aku masih sebaik-baik kumpulan yang bila buat kerja sangatlah profesional dan bersungguh-sungguh paling penting kami semua santai je buat kerja, tak ada pun one man show atau kaki marah dalam kumpulan. Semua saling memahami haa gitu.


Next, HAHA lenguh jari Proffff. Tugasan paling mencabar sekali buat kalendar kot haha. Sebab first kelas amali untuk tutorial Photoshop, aku punya Photoshop tah macam mana tah download tak habis ke apa , aku tak boleh follow up lah apa En Akmal duk ajar kat depan. Aku dah buang dua jam masa aku tanpa belajar buat kalendar pada hari itu. Memang aku missed banyak. So aku terpaksa explore sendiri Photoshop tu di samping minta kawan yang pandai bab ni ajarkan. Alhamdulillah akhirnya aku boleh siapkan bulan Januari sampai Disember sekali gus terus. Bila dah print semua siap (sebelum tu lagi) aku dah nampak yang SEMUA ILMU PROF BAGI SEMUA BERGUNA SANGAT-SANGAT. 

Akhir sekali, tugasan paling susah juga ialahhhhh SELFIE BERSAMA PROF. Tugasan ni aku rasa PALING SIMPLE namun proses kau nak cari Prof bukanlah mudah. Kau datang pagi kadang dia ada kadang tak ada, datang petang lagi laaa tak payah datang HAHA sebab prof tak ada. Aku gagahkan diri tanya akak pejabat am jadual Prof, dan bila aku cari kat kelas dia, ENCIK AKMAL JE YANG ADA HUHUHU sedihhh. Geramnya aku dengan Prof ni bila dia tak mahu bagi tau kau sampai bila je dia ada di bilik dia. Dia cuma cakap ada mesyuarat pagi nanti tapi TAKNAK BAGITAHU SAMPAI PUKUL BERAPA DIA AVAILABLE huhuhuuu. Memang bersiap macam halilintar lah ke fakulti takut Prof dah pergi meeting tapi NASIB BAIK Prof ada wehhhh, nikmat mana kau dustakan. Sejujurnya dalam bas , marah aku meluap-luap membara kat Prof sebab dia taknak bagitahu tu hahahaha TAPIIII once bila aku dah ketuk pintu dan tengok muka Prof alahaiiii tak jadi marah haha bukan sebab takut tapi tahhh, Prof comel kot haha seriously marah yang dalam bas tadi hilang macam tu je, Tak fahamlah. Maybe betul Prof cakap "Don't correct your mother", akur je kalau Prof nak berahsia ke apa hahaha.

Okay jadi aku rasa setakat ni sahaja cerita aku untuk subjek Multimedia dalam Bahasa ni. Kalau ikutkan penceritaan aku memang takkan habis, namun aku highlightkan mana aku ingat je lah.
Jadi, di sini dengan rasa RENDAH DIRI RENDAH HATI, aku harap Prof jumpa entri ni dan Prof boleh baca sendiri. Saya HANNA AMIRA ROSLI nak ucap JUTAAN TERIMA KASIH dekat Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kerana sudi curahkan ilmu-ilmu berguna kepada saya dan rakan-rakan. Walaupun Prof ajar simple sahaja tapi kesan positif tu banyak yang sampai pada saya. SAYA SAYANG PROF NORMALIZA SANGATTT, LOVE YOU 3000 PROF MMUAHH.



Tidak lupa juga kepada tutor saya ENCIK AKMAL ROSLI, harap En Akmal pun baca entri ni. RIBUAN TERIMA KASIH kerana sudi ajar kami semua ilmu-ilmu yang bermanfaat dan sporting dengan kami even mula-mula dulu macam garang je tapi rupanya sangat annoying HAHA. Tapi you are still the best, waffle best carbonara best HAHA gurau. Terima kasih kerana layan tugasan kami walaupun di luar waktu kelas (latar siswa). 









 TERIMA KASIH PROF NORMALIZA <3

Yang Benar,
-Hanna Amira Rosli-










BBM3410SATU2019 - VLOG MAKANAN




Assalamualaikum
Hello guyss...

Okay, sebenarnya entri lepas aku cakap tugasan tu dah akhir, sebenarnya ada lagi tugasan di Youtube yang akhir hihi (tutup mulut).

Tugasan tu adalahhhhhh jeng jeng jeng... turunkan bola mata anda ke bawah, nampak tak gambar tu? hehe. Okay ini adalah tugasan yang tersangat akhirlah di Youtube iaitu vlog makanan. Kami diberi pilihan untuk buat satu vlog makanan/pembuatan secara individu, berpasangan atau kumpulan.

Okay jadi aku memilih untuk berkolaborasi ewahh bersama dua orang lagi rakan aku iaitu Khaireen dan Mimie. Merekalah partner in crime untuk vlog makanan kali ini hehe.

Jadi, kami memilih untuk buat vlog makanan diiiiiiii Pak John Steamboat and Grill Restaurant di Ioi Mall Putrajaya. Sebenarnya ramai lagi pelajar-pelajar UPM terutamanya yang masih belum tahu kewujudan kembar Seoul Garden ni oleh sebab kedudukan kedai dia yang agak kebelakang atau tepi mall. Jadi susah sikit untuk kita nampak kewujudan dia. Pak John ni satu deret dengan Kfry, Dip n Dip, Mr Dakgalbi, News dan ada lagi kedai lain.

Sebab lain kami bertiga memilih Pak John Steamboat and Grill sebagai vlog kali ini adalah kerana makanan dia lah yang pastinya sedap hehehe. Pilihan makanan dia sangatlah banyak dengan harga berpatutan. Eh eh aku tak boleh cerita banyak sangat. Korang nak tahu rupa dan gambaran Pak John ni korang kenalah tengok sendiri vlog kami hihi.

Boleh tekan sini dan selamat menonton https://www.youtube.com/watch?v=0B7PFSYR25k

Sunday, 15 December 2019

BBM3410 PEMBIKINAN KALENDAR 2020


Hey guys... 

Entri kali ini aku nak cerita pengalaman aku buat kalendar 2020 secara sendiri menggunakan aplikasi Photoshop. Seumur hidup aku tak pernah terfikir yang aku kena buat kalendar guyss kalendar muka sendiri pula tu HAHA. 

Mula-mula aku rasa seronok sebab yelah muka kau sendiri tuu dari muka depan sampai disember haha. Tapi lepas tu mashaAllah boleh tahan bebal guna Photoshop ni. Aku dulu bising sorang jugak, aku kata "kenapa Prof susah-susah (walaupun yang susah tu aku) surug guna Photoshop. Sedangkan aplikasi Paint ada, Microsoft Word ada, tapi yang susah juga Prof nak.

So bila aku fikir balik, yelah Hanna, Word dengan Paint tu dari sekolah rendah kau biasa guna, masa ni lah nak cari kelainan. Barulah macam profesional sikit guna Photoshop hihi. So sejak seketul Hanna redo, Photoshop tu menjadi mudah dan eh eh seronok pulak buat kalendar ni. Boleh syok sendiri tengok muka sendiri sepanjang tahun 2020 tu.

Aku siap ada cita-cita nak buat kalendar 2021 pulak nanti HAHA. Terima Kasih Prof ajarkan kami semua ilmu berguna ni. Saya suka saya suka wiwiwi.

Nak tengok hasil kalendar aku setelah dicetak dengan harga RM27? (perlu ke sebut harga haha)
Kalau nak tengok, sila lihat gambar-gambar di bawah jengjengjengjengjeng...


Tengok ni, macam YB kan? Tapi aku taknak macam YB, macam tua sangat haha. Nak nampak macam artis gituuhh. Comel tak kalendar aku ? Macam kalendar baby haha. Aku suka warna lembut dan pastel bukan sebab trend, dari kecik suka ala-ala english ni. Acah je kan? Tak salah ada citarasa sendiri ewah.


Bulan Januari, aku letak gambar aku dengan mama ayah hihi sebab merekalah insan paling penting dan berharga dalam hidup aku.


Bulan Februari, gambar aku tengah bercuti di Terengganu.


Bulan Mac, gambar aku dengan dua orang BFF sejak sekolah menengah lagi.


Bulan April, gambar sendiri-sendiri je hehe.


Bulan Mei, gambar bersama teman-teman sebilik.


Bulan Jun, gambar sendiri jugak hihi.


Bulan Julai pun sama. Iklan Spritzer mungkin.


Bulan Ogos, gambar aku jugak cuma yang ni istimewa sikit. Bulan kelahiran, gambar mesti ada makna tersirat HAHA.


Bulan September, gambar-gambar kelas gang BLM.


Bulan Oktober, gambar aku dengan Fa, BFF till jannah.


Bulan November, gambar aku je hehe.


Bulan Disember. Bukan gambar anak-anak ye. Tapi anak-anak fruits HAHA.

Kesimpulannya, gambar-gambar aku seorang tu kebanyakannya gambar masa aku tengah buat tugasan Prof haha. 

Sekian, Terima Kasih sudi membaca
Nantikan entri seterusnya hiks...

BBM3410 KOMEN DAN LIKE PROF DI INSTAGRAM

Assalamualaikum guys. Entri kali ini sedikit berbeza dengan yang sebelumnya. Kali ini, aku akan memaparkan hasil-hasil Like dan Komen yang aku dapat dari Prof Normaliza sepanjang semester ini berlaku.

Okay, ceritanya setiap tugasan yang kami post di Instagram mestilah mendapat Like dan nak bonus lagi bila Prof komen sekali. Kemudian, kami dikehendaki screenshot setiap apa yang Prof Like dan komen untuk bukti yang kami akan update di blog macam yang anda sedang baca inilah hihi. 

Awal dulu, bila dengar kawan-kawan dah dapat Like daripada Prof, agak gabra lah haha sebab Prof tak Like pun lagi. Tapi kemudian, dapattt jugak. Alhamdulillah besarnya nikmat REDO haha. Tapiiii lepas tu Prof main-main komen pulakk. Prof cakap "kalau aku tak komen gambar korang tu maksudnya korang boleh cari life lain lah, itu maksudnya caption korang bosan dan tak mampu mencuit hati aku" haa bunyi lebih kurang macam itulah haha.

Lepas pada tu, satu kelas lahh try hard nak buat ayat humor lah ayat catchy lah sebab nak Prof komen haha. Ada yang Prof komen banyak, siap berbalas-balas. Ada yang Prof komen sekali je (aku lah tu) huhuhu. Maybe aku salah seorang yang kena cari life baru HAHA. REDO!!!

Kat bawah ni, inilah dia guys semua yang Prof dan anak Prof Like dan Komen. Terima Kasih Prof N dan Dr Aliaa hihi.












BBM3410SATU - VIDEO 15 (ONE SHOT THREE LAYER - SAYA TAHU)



Hey guys, kembali lagi kita dalam entri kali ini mengenai tugasan akhir kami yang perlu dimuat naik ke dalam akaun Youtube kumpulan.

Okay, video kali ini bagi aku teramatlah istimewa kerana kami dikehendaki sekali lagi melakukan video One Shot Three Layer dan kali iniii di tempat-tempat yang lebih 'real' dan mencabar.

Apa yang istimewanya? Haa istimewa di sini kerana kami perlu melakonkan semula satu penceritaan berdasarkan lagu yang dicipta sendiri oleh Prof. Normaliza bertajuk "Saya Tahu". Dengar cerita, lagu ini apabila kita dengar ia seolah-olah menceritakan tentang seorang budak yang menghidap Austime.

Kalau korang dengar lagu ni, memang sedih dan hiba tapi sedap. Siapalah penyanyi ni ye. Suaranya macam budak kecil lelaki. Okay, jadi kami memilih dua tempat yang berbeza atas keizinan Prof N. Kami memilih lokasi pertama iaitu Pasar Pagi di Maeps, Serdang serta lokasi kedua iaitu perpustakaan UPM. 

Kenapa kami memilih lokasi ini agak-agaknya? Kenapa mesti pasar pagi? Nak tahu jalan cerita kumpulan kami? Tekan link ni tau https://www.youtube.com/watch?v=kCa8IAjynUc

BBM3410SATU - VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)



Assalamualaikum hello guys

Tugasan kali ini adalah mengenai video tragedi bercampur seram. Video yang kumpulan kami lakukan ini adalah mengenai kisah seorang rakan yang berdendam dengan rakan baiknya sendiri. Kenapa jadi macam tu? Tekan link ni https://www.youtube.com/watch?v=KA1L8I9vgck&t=5s

BBM3410SATU - VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)(ELLA - STANDING IN THE EYES OF THE WORLD)




Hai guys, video kali ini tentang temu bual pensyarah dan mahasiswa terpilih untuk ditanyakan soalan mengenai pengetahuan dan pendapat mereka tentang multimedia.

Kumpulan kami memilih untuk menemu bual Encik Bukryman Sabri yang merupakan pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia serta seorang mahasiswa iaitu Anis Amira dari Bacelor Pengkhususan Bahasa Asing (Bahasa Jerman)

Nak tahu lebih lanjut ? Klik link ni https://www.youtube.com/watch?v=S81Clh_Jc5Y&t=15s

BBM3410SATU - VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)




Assalamualaikum semua...

Hari ni aku nak cerita sikit tentang tugasan yang takkan pernah habis HAHA iaitu tugasannnn mereka cipta sabun pencuci baju sendiri. Kami semua dikehendaki membuat lima lakaran atau macam prototaip laa tentang sabun ciptaan kami ini.

Jadi, ada pelbagai jenis rupa, bentuk, keistimewaan sabun yang kami semua reka ini dan diberi nama berdasarkan nama kumpulan kami yang sedia ada iaitu Sabun Pencuci Baju T-Rex. Bagi aku, nama tu macam sesuai je dengan produk kan ? Hahaha

Okay, selepas selesai semua melakar kami pun tangkap gambar satu persatu prototaip yang dah siap sebabnya Prof N nak kami jadikannya dalam bentuk video dan dimuat naik ke akaun Youtube Gadis Trex production.

Nak tengok produk kami ? Klik link ni https://www.youtube.com/watch?v=in56kEctq8Y

Nantikan tugasan seterusnya...


BBM3410 TUGASAN TWITTER DALAM BUKU


Hai guys, kembali lagi dalam tugasan di Twitter menggunakan buku Prof N. Okay, tugasan kali ini ialah kami semua disuruh oleh En Akmal untuk membuat satu coretan atau lakaran cerita yang menarik dan ditulis dalam buku ini


Okay, bagi tugasan seterusnya ada dua. Yang pertama, seperti entri sebelum ini mengenai retweet dan komen. Setelah kami semua berjaya retweet dan komen lima Twitter yang dipilih, kami dikehendaki menulis balik retweet dan komen tersebut di dalam buku Kajian Wacana oleh Prof N. 

Kemudian, tugasan yang kedua kami perlu mencari lima berita terkini yang berlaku dalam Malaysia dan menulis balik berita tersebut di dalam buku Kajian Wacana oleh Prof N.

Nantikan entri seterusnya...

BBM3410 RETWEET DAN KOMEN


Hollaa guys, entri kali ini aku nak cerita tentang RETWEET DAN KOMEN.

Tugasan ini kami dikehendaki mencari sesiapa sahaja yang ada Twitter of course haha dan kami kena komen dan retweet tweet tersebut haa berbelit lidah kan?



Jadi, saya semestinya memilih Tweet daripada orang yang saya suka hehe. Yang pertama jengjengjeng saya pilih Tunku Azizah Mahmood, kedua KhairulAming, ketiga ASH (foodhunter), keempat SYAFIQ KYLE GUYS (sorry over) dann kelima Fadzilah Mamat.

Sebenarnya mereka ini semua bukan calang-calang juga orangnya. Tunku Azizah, siapa yang tidak kenal kan ? Permaisuri Agong kita. Khairul Aming ? Berjuta-juta followers dia (dia masak gitu-gitu je tapi menarik), kemudian ASH foodhunter, punnn ramai kenal dia maklumlah rakyat Malaysia bab makan memang A. Siapa yang taktahu nak makan kat mana selain mulut, boleh follow ASH ni dan tengok sendiri tempat-tempat yang dia review. Lepas tu siapa lagi ? Haa mestilah Syafiq Kyle hoohoo, artis yang digilai ramai wanita termasuk saya (sekarang tidak lagi) dann akhir sekali Fadzilah Mamat, dia adalah seorang yang mengamalkan diet secara sihat, boleh follow tips darinya.









BBM3410 CERITA ALIM DI TWITTER



Assalamualaikum hai semuaaa (macam ramai)

Okay guys, entri kali ini adalah entri pertama yang aku nak cerita tentang tugasan-tugasan yang banyak tuu yang kami semua kena post di Twitterr.

Dan ini tugasan pertamanya... kami semua perlu menulis balik cerita sosial dalam buku "Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi Teori dan Aplikasi" oleh Prof. Normaliza Abd Rahim haa (satu nafas saja)

Baiklah, cerita sosial pertama ini adalah tentang "jiran". Jiran siapa ? Jiran Alim. Jiran siapa ? Jiran Alim hahaha. Kami kena buat apa ? Kami kena taip balik lah cerita sosial oleh Prof N ni. Bukan sekadar taip sahaja sebenarnya. Kami dikehendaki membuka akaun Twitter yang baru dan membuat beberapa bebenang di Twitter berdasarkan cerita sosial ini hehehe.





Kemudian,  bagi cerita sosial seterusnya kami kena taip lagi cerita tentang Alim tapi pada minggu lain lah untuk kelas amali. Cerita kali ini tentang kek cawan bagi sambutan hari jadi Alim. Tugasannya masih sama, kami dikehendaki membuat bebenang berdasarkan cerita ini. 

Saya tidak kenal siapa Alim kerana terlalu banyak kisah Alim dalam buku ni hihi tapi saya pasti Alim ini wujud dan dia pasti dekat dengan Prof N. Sebab Prof pernah cakap "habis aku nak cerita pasal siapa, nak kutuk siapa, nak puji siapa kalau bukan anak-anak aku sendiri. Takkan aku nak pergi bercerita pasal anak jiran aku pulak" hahaha logik kan apa Prof cakap tu ? 

Tapi saya suka mendengar Prof cerita tentang anak-anak dia. Sebab menjadi sumber inspirasi dan contoh yang baik. Bak kata orang (entahlah siapa haha), yang baik kita ambil, yang buruk kita cegah ewah.

Sekian saja entri saya mengenai Alim hihi. Byeee


BBM3410 MINGGU DUA BELAS GAMBAR INSTAGRAM SATU DAN DUA



Hai guyss, hari ni aku nak share tentang gambar instagram satu dan dua bagi minggu ke dua belas yang bertemakan emoji (satu) dannnnnn yang duanya (jeng jeng jeng) baca yang ni dulu.

Okay, jadi aku memilih emoji seperti yang tertera di atas dan aku meniru balik emoji tersebut. Jadi penyampaiannya ialah bukanlah aku nak cakap yang kita perlu "diam" apabila dalam library HAHAHA tapi emoji agak dekat dengan diri aku untuk memberitahu sikap/sifat aku yang suka memilih untuk diam bila aku tengah SEDIH, MARAH, MOODY dan sebagainya.

 Bagi aku, bila kita tengah berhadapan dengan masalah lah kan, baik diam je. Proses diam tu macam you recover your hurt. Dan orang yang dah kenal kita, dia akan faham yang kita tengah ambil masa nak datangkan balik mood yang melayang-layang tu haa ewahh hahaha.


Okayyyy bagi tema seterusnya ialahhhh jeng jeng jeng SELFIE BERSAMA PROF N. Kalau korang semua nak tahu, tugasan ni nampak je mudah tapi sebenarnya phewwwww boleh menguji keimanan tahu tak ? Cuba korang tatap muka Prof N tu, sejujurnya aku suka tengok Prof ni tau tak. Prof ni cute-cute je muka dengan perangai dia, sempoi sangat brutal sangat haha simple person lah. TAPI, di sebalik kecomelan Prof ni kerja-kerja dia semua membebankan HAHA, tambah yang selfie ni punya lah susah nak cari dia kat mana. 

RAHSIA dia korang kena cari kat pejabat dia waktu awal pagi. Prof ada kat pejabat dia awal pagi tu pun tak lama mesti dia hilang haha. Aku gigih lepas kelas pergi pejabat am tanya akak tu Prof sekarang ada kelas kata mana. Cari punya cari lahhh En Akmal jugakk yang ada, bukannya Prof hahaha. Boleh tahan geram lah cari Prof tapi bila dah dapat selfie atau dah siap semua kerja dia, barulah sedar diri yang ilmu-ilmu Prof curahkan dan semua kerja dia yang MEMBEBANKAN tu semua berguna sangat. Kalau Prof tak wujudkan semua tugasan ni memang sampai mati kot aku takkan terpikir dan takkan tahu nak buat semua kerja-kerja ni. 

Terima Kasih Prof, Love Youuu mmmuuahh..

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019

Assalamualaikum semua hihi... Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof...