Sunday, 15 December 2019

BBM3410 PEMBIKINAN KALENDAR 2020


Hey guys... 

Entri kali ini aku nak cerita pengalaman aku buat kalendar 2020 secara sendiri menggunakan aplikasi Photoshop. Seumur hidup aku tak pernah terfikir yang aku kena buat kalendar guyss kalendar muka sendiri pula tu HAHA. 

Mula-mula aku rasa seronok sebab yelah muka kau sendiri tuu dari muka depan sampai disember haha. Tapi lepas tu mashaAllah boleh tahan bebal guna Photoshop ni. Aku dulu bising sorang jugak, aku kata "kenapa Prof susah-susah (walaupun yang susah tu aku) surug guna Photoshop. Sedangkan aplikasi Paint ada, Microsoft Word ada, tapi yang susah juga Prof nak.

So bila aku fikir balik, yelah Hanna, Word dengan Paint tu dari sekolah rendah kau biasa guna, masa ni lah nak cari kelainan. Barulah macam profesional sikit guna Photoshop hihi. So sejak seketul Hanna redo, Photoshop tu menjadi mudah dan eh eh seronok pulak buat kalendar ni. Boleh syok sendiri tengok muka sendiri sepanjang tahun 2020 tu.

Aku siap ada cita-cita nak buat kalendar 2021 pulak nanti HAHA. Terima Kasih Prof ajarkan kami semua ilmu berguna ni. Saya suka saya suka wiwiwi.

Nak tengok hasil kalendar aku setelah dicetak dengan harga RM27? (perlu ke sebut harga haha)
Kalau nak tengok, sila lihat gambar-gambar di bawah jengjengjengjengjeng...


Tengok ni, macam YB kan? Tapi aku taknak macam YB, macam tua sangat haha. Nak nampak macam artis gituuhh. Comel tak kalendar aku ? Macam kalendar baby haha. Aku suka warna lembut dan pastel bukan sebab trend, dari kecik suka ala-ala english ni. Acah je kan? Tak salah ada citarasa sendiri ewah.


Bulan Januari, aku letak gambar aku dengan mama ayah hihi sebab merekalah insan paling penting dan berharga dalam hidup aku.


Bulan Februari, gambar aku tengah bercuti di Terengganu.


Bulan Mac, gambar aku dengan dua orang BFF sejak sekolah menengah lagi.


Bulan April, gambar sendiri-sendiri je hehe.


Bulan Mei, gambar bersama teman-teman sebilik.


Bulan Jun, gambar sendiri jugak hihi.


Bulan Julai pun sama. Iklan Spritzer mungkin.


Bulan Ogos, gambar aku jugak cuma yang ni istimewa sikit. Bulan kelahiran, gambar mesti ada makna tersirat HAHA.


Bulan September, gambar-gambar kelas gang BLM.


Bulan Oktober, gambar aku dengan Fa, BFF till jannah.


Bulan November, gambar aku je hehe.


Bulan Disember. Bukan gambar anak-anak ye. Tapi anak-anak fruits HAHA.

Kesimpulannya, gambar-gambar aku seorang tu kebanyakannya gambar masa aku tengah buat tugasan Prof haha. 

Sekian, Terima Kasih sudi membaca
Nantikan entri seterusnya hiks...

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019

Assalamualaikum semua hihi... Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof...