Wednesday 18 December 2019

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019



Assalamualaikum semua hihi...

Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof Normaliza. Jadi untuk entri kali ini special sikit sebab aku akan cerita a.k.a luahkan semua perasaan aku yang selama ini kupendam huhuhu cewahh haha.

Okay, first of all omputeh cakap aku nak share perasaan aku SEBELUM aku terjebak dalam kelas multimedia ni haha. Sebelum-sebelum ni memang aku dengar banyak dah junior-junior dan senior-senior duk bercerita pasal subjek ni dan PENSYARAH subjek ni. Dorang asyik-asyik sebut nama prof, "Prof" sana "Prof" sini, "Prof Normaliza" "Prof Normaliza". Haa gittuhh. Aku pun hairanlah tapi dalam masa sama tak sabo nak masuk kelas ni final year nanti maklumlah masa tu aku baru sem 3 dan junior tengah ambil subjek ni. Bagi aku, aku rasa kelas ni best lah sebab macam rilek, diulang ye MACAM RILEK sebab kau kena buat video je. Siapa tak suka kan kerja-kerja macam ni lagi banyak berbanding ngadap buku ngadap microsoft word HAHA. Tapi ternyata anggapanku salah sama sekali. Haa best ke tak best kelas ni sebenarnya ? Meh baca lagihhh.

Second, bila fasa dah masuk kelas Prof bermula, maka bermulalah perjalanan hidupku yang sebenar-benarnya di UPM ni HAHAHA. Okay, mula-mula aku okay je masuk kelas Prof ni cuma Prof macam garang sikit tapi kelakar haa macam mana tu ? So bila aku perati ouhh Prof ni jenis brutal sikit HAHA dan sempoi, aku suka jugak kalau dapat pensyarah macam ni, bila lagi kau nak bergembira dalam kelas kan boleh gelak-gelak haa dalam kelas pensyarah-pensyarah macam ni je lah. So hari-hari aku baik sahaja sehinggalah minggu-minggu yang seterusnya menjelma hehehe. Haaa cumaaa kelas Prof ni tak boleh lambat sesaat pun tidakkk habis lah kauu haha. Tak boleh pakai selipar walaupun aku jenis tak pakai selipar dan memang salah pun dari sudut etika pemakaian pelajar cewah haha, cuma bezanya Prof check satu-satu siapa pakai selipar masa kelas pertama tu.


Okay seterusnya, fasa-fasa aku dan ahli kumpulan aku (Gadis Trex Production) kian bertambah serabut bila dah dapat satu demi satu tugasan. Tugasan mula-mula simple je tapi minggu makin dasyat. Bukan saja tugasan wajib mingguan tu kelas amali lagi. Fuhhh dengan bawak laptopnya setiap Selasa. Selasa pulak antara paling padat kelas, memang redo je jawabnya.
Aku teringatkan satu benda iaitu tugasan Instagram. Bila Prof suruh letak #, barulah selama ni aku sedar budak-budak kat IG selama ni yang post gambar sikit tag Prof, dengan # pun nama Prof rupanya budak kelas mutimedia. Sebab ada sorang senior lelaki ni aku stalk IG dia (bukan sebab suka) sebab aku terjumpa IG dia aku tengok semua gambar dia dia letak nama Prof, aku pun kata dalam hati "anak mak ke dia ni sampai semua benda tag mak dia" HAHAHA ngek nya aku selama ni ingat senior laki tu anak Prof rupanya dia tengah buat tugasan ya Allahhhh. Sampai sekaranglah aku ingat benda ni. Tak pasal-pasal aku dah satu sem melabel seseorang anak mak tanpa sengaja. 

Okay, bercerita dari segi emosi, fizikal dan mental aku sepanjang kelas ni. Emosi aku naik turun seiring dengan tugasan yang Prof bagi. Kadang aku enjoy sangat buat tugasan kadang aku geram sangat sebab BANYAK GIL* kerja Prof bagi huhuhu sorry Prof (Prof cakap boleh luah kan hihiwiwi). Aku kadang rasa sedih pun ada sebab bila tugasan kumpulan, idea aku jarang orang terima HAHA jaranglah, walhal aku rasa idea aku tu kena dengan taste Prof tapi tak apa sebab aku tahu kumpulan aku masih sebaik-baik kumpulan yang bila buat kerja sangatlah profesional dan bersungguh-sungguh paling penting kami semua santai je buat kerja, tak ada pun one man show atau kaki marah dalam kumpulan. Semua saling memahami haa gitu.


Next, HAHA lenguh jari Proffff. Tugasan paling mencabar sekali buat kalendar kot haha. Sebab first kelas amali untuk tutorial Photoshop, aku punya Photoshop tah macam mana tah download tak habis ke apa , aku tak boleh follow up lah apa En Akmal duk ajar kat depan. Aku dah buang dua jam masa aku tanpa belajar buat kalendar pada hari itu. Memang aku missed banyak. So aku terpaksa explore sendiri Photoshop tu di samping minta kawan yang pandai bab ni ajarkan. Alhamdulillah akhirnya aku boleh siapkan bulan Januari sampai Disember sekali gus terus. Bila dah print semua siap (sebelum tu lagi) aku dah nampak yang SEMUA ILMU PROF BAGI SEMUA BERGUNA SANGAT-SANGAT. 

Akhir sekali, tugasan paling susah juga ialahhhhh SELFIE BERSAMA PROF. Tugasan ni aku rasa PALING SIMPLE namun proses kau nak cari Prof bukanlah mudah. Kau datang pagi kadang dia ada kadang tak ada, datang petang lagi laaa tak payah datang HAHA sebab prof tak ada. Aku gagahkan diri tanya akak pejabat am jadual Prof, dan bila aku cari kat kelas dia, ENCIK AKMAL JE YANG ADA HUHUHU sedihhh. Geramnya aku dengan Prof ni bila dia tak mahu bagi tau kau sampai bila je dia ada di bilik dia. Dia cuma cakap ada mesyuarat pagi nanti tapi TAKNAK BAGITAHU SAMPAI PUKUL BERAPA DIA AVAILABLE huhuhuuu. Memang bersiap macam halilintar lah ke fakulti takut Prof dah pergi meeting tapi NASIB BAIK Prof ada wehhhh, nikmat mana kau dustakan. Sejujurnya dalam bas , marah aku meluap-luap membara kat Prof sebab dia taknak bagitahu tu hahahaha TAPIIII once bila aku dah ketuk pintu dan tengok muka Prof alahaiiii tak jadi marah haha bukan sebab takut tapi tahhh, Prof comel kot haha seriously marah yang dalam bas tadi hilang macam tu je, Tak fahamlah. Maybe betul Prof cakap "Don't correct your mother", akur je kalau Prof nak berahsia ke apa hahaha.

Okay jadi aku rasa setakat ni sahaja cerita aku untuk subjek Multimedia dalam Bahasa ni. Kalau ikutkan penceritaan aku memang takkan habis, namun aku highlightkan mana aku ingat je lah.
Jadi, di sini dengan rasa RENDAH DIRI RENDAH HATI, aku harap Prof jumpa entri ni dan Prof boleh baca sendiri. Saya HANNA AMIRA ROSLI nak ucap JUTAAN TERIMA KASIH dekat Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kerana sudi curahkan ilmu-ilmu berguna kepada saya dan rakan-rakan. Walaupun Prof ajar simple sahaja tapi kesan positif tu banyak yang sampai pada saya. SAYA SAYANG PROF NORMALIZA SANGATTT, LOVE YOU 3000 PROF MMUAHH.



Tidak lupa juga kepada tutor saya ENCIK AKMAL ROSLI, harap En Akmal pun baca entri ni. RIBUAN TERIMA KASIH kerana sudi ajar kami semua ilmu-ilmu yang bermanfaat dan sporting dengan kami even mula-mula dulu macam garang je tapi rupanya sangat annoying HAHA. Tapi you are still the best, waffle best carbonara best HAHA gurau. Terima kasih kerana layan tugasan kami walaupun di luar waktu kelas (latar siswa). 









 TERIMA KASIH PROF NORMALIZA <3

Yang Benar,
-Hanna Amira Rosli-










1 comment:

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019

Assalamualaikum semua hihi... Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof...