Wednesday, 18 December 2019

BBM3410SATU2019 - VLOG MAKANAN




Assalamualaikum
Hello guyss...

Okay, sebenarnya entri lepas aku cakap tugasan tu dah akhir, sebenarnya ada lagi tugasan di Youtube yang akhir hihi (tutup mulut).

Tugasan tu adalahhhhhh jeng jeng jeng... turunkan bola mata anda ke bawah, nampak tak gambar tu? hehe. Okay ini adalah tugasan yang tersangat akhirlah di Youtube iaitu vlog makanan. Kami diberi pilihan untuk buat satu vlog makanan/pembuatan secara individu, berpasangan atau kumpulan.

Okay jadi aku memilih untuk berkolaborasi ewahh bersama dua orang lagi rakan aku iaitu Khaireen dan Mimie. Merekalah partner in crime untuk vlog makanan kali ini hehe.

Jadi, kami memilih untuk buat vlog makanan diiiiiiii Pak John Steamboat and Grill Restaurant di Ioi Mall Putrajaya. Sebenarnya ramai lagi pelajar-pelajar UPM terutamanya yang masih belum tahu kewujudan kembar Seoul Garden ni oleh sebab kedudukan kedai dia yang agak kebelakang atau tepi mall. Jadi susah sikit untuk kita nampak kewujudan dia. Pak John ni satu deret dengan Kfry, Dip n Dip, Mr Dakgalbi, News dan ada lagi kedai lain.

Sebab lain kami bertiga memilih Pak John Steamboat and Grill sebagai vlog kali ini adalah kerana makanan dia lah yang pastinya sedap hehehe. Pilihan makanan dia sangatlah banyak dengan harga berpatutan. Eh eh aku tak boleh cerita banyak sangat. Korang nak tahu rupa dan gambaran Pak John ni korang kenalah tengok sendiri vlog kami hihi.

Boleh tekan sini dan selamat menonton https://www.youtube.com/watch?v=0B7PFSYR25k

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019

Assalamualaikum semua hihi... Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof...