Monday 25 November 2019

BBM3410SATU2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim(2019)




Dalam buku Kajian Wacana bab 1, wacana merupakan bahasa seseorang individu atau sebuah kumpulan dalam sebarang bentuk teks, ujaran atau tulisan. Wacana mengandungi sistem komunikasi antara dua atau lebih orang. Wacana juga boleh diistilahkan melalui tulisan atau bacaan seseorang. Hawthom (1992) menyatakan wacana sebagai komunikasi kebahasaan yang dilihat sebagai tukaran antara pendengar dan pembicara dengan mengambil kira suasana dan topik yang ingin dibicarakan. Manakala menurut Brown & Yule (1983), wacana boleh dilihat melalui lisan dan tulisan yang dianalisis bagi tujuan pemahaman yang baik. Dalam bab 2 pula membincangkan teori dan pendekatan wacana. Yang pertama teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983) telah menyenaraikan empat elemen wacana iaitu pra-andaian, implikatur, rujukan dan inferens. Brown & Yule juga menyatakan wacana boleh dianalisis melalui kajian teks, tulisan, ujaran, dan interaksi. Manakala, bagi teori Analisis Wacana Stubbs (1983), Stubbs memfokuskan kepada linguistik wacana. Bab ini juga membincangkan lagi beberapa teori dan pendekatan lain seperti teori Analisis Wacana Kritis dan Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018b) dan (2018d). Bagi bab 3 pula membincangkan analisis wacana tekstual dan ujaran. Analisis ini meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak austisme. Ciri-ciri cerita sosial dan lagu sosial seperti watak yang dicontohi, perwatakan yang mempunyai nilai, plot yang menarik, plot yang mudah difahami, latar cerita yang pelbagai dan berkaitan, teladan yang baik, budaya dan emosi yang positif.

Bab 4 pula membincangkan stratergi komunikasi yang digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan kod dalam bahasa sasaran, situasi ketika peraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk. Bab 5 pula membincangkan Taksonomi Dan Pendekatan Stratergi Komunikasi. Menurut Tarone (1977) lima elemen stratergi komunikasi ialah pengelakan, parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan mimikan. Menurut beliau lagi, bahawa mencipta perkataan baharu untuk berkomunikasi dengan berlandaskan kepada konsep yang diinginkan. Misalnya, "bola angin" untuk merujuk kepada "belon". Namun begitu, pelajar juga boleh menggunakan stratergi bukan lisan ketika komunikasi sebagai pengganti struktur makna. Sebagai contoh, pelajar menunjukkan ke arah jam tangan untuk memberi tanda bahawa masa sudah tamat. Manakala bagi pengelakan, terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengelakan topik dan pengabaian mesej. Bab 6 membincangkan analisis stratergi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Stratergi pertama ialah stratergi singkatan perkataan, perkataan baharu tiada makna, penafian atau percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri dan lain-lain. Akhir sekali, bab 7 membincangkan cadangan kajian akan datang iaitu bahasa isyarat, bahasa bercetak, dan bahan elektronik dan media sosial. Implikasi buku kajian wacana ini telah memberikan banyak ilmu baru kepada pelajar yang mengambil kursus multimedia. Pelajar-pelajar juga boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan kepada kajian kerana buku ini mengandung pelbagai teori dan pendekatan berkaitan dengan multimedia dan sebagainya.

Sumber: Normaliza Abd Rahim. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, 2019, Penerbit: UMT Universiti Malaysia Terengganu

Harga Buku: RM20

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019

Assalamualaikum semua hihi... Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof...