Buku Eh!!! Media Sosial oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim ini mengandungi lapan bab kesemuanya. Bab pertama ialah Media Sosial: Gambaran Keseluruhan, bab kedua Twitter dan Trend Terkini, Facebook Masih Digunakan, Instagram Menyeronokkan, E-mel masih Popular Pada Masa Kini, Blog di Dalam Kelas Bahasa, Isu dalam Rangkaian Sosial dalam Kalangan Pengguna dan Implikasi Pedagogi. Bab 1 menceritakan media sosial, rangkaian sosial, jenis-jenis media sosial, mengapakah media sosial digunakan dalam pembelajaran, dan etika dalam media sosial. Manakala bab 2 tentang Twitter dan trend terkini. Bab ini menyatakan kajian tentang Twitter di mana Twitter ini mudah diakses dengan pantas dan banyak membekalkan informasi terkini. Bab 3 pula tentang Facebook masih digunakan, Facebook adalah aplikasi media sosial yang digunakan oleh berjuta pengguna masa kini. Facebook ialah satu alat berkesan untuk pelajar berinteraksi terutama dalam perbincangan berkaitan tugasan mereka.
Bab 4 menyatakan tentang Instagram menyeronokkan,
Instagram mempunyai 500 juta pengguna berdasarkan statistik oleh
Statictica.com. Ia menjadi pilihan ramai oleh pengguna sosial media seluruh dunia.
Hal ini demikian kerana, pengguna rata-ratanya lebih berminat terhadap kisah
pendek melalui akaun Instagram mereka. Bab 5 pula menyatakan tentang e-mel
masih popular pada masa kini. Emel adalah kaedah yang paling berkesan untuk
berkomunikasi. Bab 6 berkaitan blog di dalam kelas, menurut Normaliza Abd
Rahim, blog merupakan medium perbincangan menulis sama ada secara formal atau
tidak formal. Blog juga didapati memudahkan pelajar-pelajar Korea untuk
mempelajari bidang bahasa, kesusasteraan dan teknologi. Seterusnya bab 7
berkaitan isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna, pengguna dilihat
bergantung kepada rangkaian sosial kehidupan harian mereka. Akhir sekali, bab 8
berkaitan implikasi pedagogi media sosial dan rangkaian sosial menawarkan
peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan di samping mengukuhkan
pembelajaran pelajar, meningkatkan kefasihan bahasa pelajar, dan menanam sikap
positif untuk menambaik prestasi pelajar.
Sumber: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019).
Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.
Harga buku: RM60
No comments:
Post a Comment