Assalamualaikum hai semuaaa (macam ramai)
Okay guys, entri kali ini adalah entri pertama yang aku nak cerita tentang tugasan-tugasan yang banyak tuu yang kami semua kena post di Twitterr.
Dan ini tugasan pertamanya... kami semua perlu menulis balik cerita sosial dalam buku "Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi Teori dan Aplikasi" oleh Prof. Normaliza Abd Rahim haa (satu nafas saja)
Baiklah, cerita sosial pertama ini adalah tentang "jiran". Jiran siapa ? Jiran Alim. Jiran siapa ? Jiran Alim hahaha. Kami kena buat apa ? Kami kena taip balik lah cerita sosial oleh Prof N ni. Bukan sekadar taip sahaja sebenarnya. Kami dikehendaki membuka akaun Twitter yang baru dan membuat beberapa bebenang di Twitter berdasarkan cerita sosial ini hehehe.
Kemudian, bagi cerita sosial seterusnya kami kena taip lagi cerita tentang Alim tapi pada minggu lain lah untuk kelas amali. Cerita kali ini tentang kek cawan bagi sambutan hari jadi Alim. Tugasannya masih sama, kami dikehendaki membuat bebenang berdasarkan cerita ini.
Saya tidak kenal siapa Alim kerana terlalu banyak kisah Alim dalam buku ni hihi tapi saya pasti Alim ini wujud dan dia pasti dekat dengan Prof N. Sebab Prof pernah cakap "habis aku nak cerita pasal siapa, nak kutuk siapa, nak puji siapa kalau bukan anak-anak aku sendiri. Takkan aku nak pergi bercerita pasal anak jiran aku pulak" hahaha logik kan apa Prof cakap tu ?
Tapi saya suka mendengar Prof cerita tentang anak-anak dia. Sebab menjadi sumber inspirasi dan contoh yang baik. Bak kata orang (entahlah siapa haha), yang baik kita ambil, yang buruk kita cegah ewah.
Sekian saja entri saya mengenai Alim hihi. Byeee
No comments:
Post a Comment