Hey guys, kembali lagi kita dalam entri kali ini mengenai tugasan akhir kami yang perlu dimuat naik ke dalam akaun Youtube kumpulan.
Okay, video kali ini bagi aku teramatlah istimewa kerana kami dikehendaki sekali lagi melakukan video One Shot Three Layer dan kali iniii di tempat-tempat yang lebih 'real' dan mencabar.
Apa yang istimewanya? Haa istimewa di sini kerana kami perlu melakonkan semula satu penceritaan berdasarkan lagu yang dicipta sendiri oleh Prof. Normaliza bertajuk "Saya Tahu". Dengar cerita, lagu ini apabila kita dengar ia seolah-olah menceritakan tentang seorang budak yang menghidap Austime.
Kalau korang dengar lagu ni, memang sedih dan hiba tapi sedap. Siapalah penyanyi ni ye. Suaranya macam budak kecil lelaki. Okay, jadi kami memilih dua tempat yang berbeza atas keizinan Prof N. Kami memilih lokasi pertama iaitu Pasar Pagi di Maeps, Serdang serta lokasi kedua iaitu perpustakaan UPM.
Kenapa kami memilih lokasi ini agak-agaknya? Kenapa mesti pasar pagi? Nak tahu jalan cerita kumpulan kami? Tekan link ni tau https://www.youtube.com/watch?v=kCa8IAjynUc
No comments:
Post a Comment