Hai guys, teruskan membaca entri saya ini hehehe.
Okay, jadi tugasan bagi gambar minggu sebelas di Instagram, Prof N meminta kami semua untuk memuat naik gambar IBU berserta dialog yang selalu dibualkan bersama-sama ibu.
Jadi, ladies and gentleman saya kenalkan gambar di atas jeng jeng... itulah ibu saya a.k.a MAMA saya yang paling cantik pernah saya jumpa Alhamdulillah hehe.
Okay, jadi dialog yang sering saya ulang sampai mama dah malas layan ialah pasal kecantikan, jodoh dan mak mentua.
Dialognya berbunyi... ehem ehem
Aku: Maa, Nana cantik dak ?
Mama: huh boleh laaa😏
Aku: mesti ramai makcik² kat luar sana nak buat menantu dah la cantik, rajin, pandai masak, blablabla (ye aku saja up diri sendiri masa ni)
Mama: tu pun KALAU ADA YANG NAK kat Nana laa😝
Aku: ............ 😐
Maka, aku berhenti disitu. Minggu depan tak pun esok lusa aku ulang lagi "perasan" yang sama. Biasalah anak bongsu memang jenis confident level tinggi sikit.
Bagi gambar kedua, bertemakan KEBERKATAN. Masihhh gambar saya bersama-sama makanan kan ? hihi
Secara ringkasnya, saya memilih gambar ini sebagai tema keberkatan adalah kerana, hasil daripada penat lelah saya menjual Kerabu Megi ala Thai ni dapat menampung dan membuatkan duit harian saya mampu bertahan selama beberapa minggu sehinggalah mama ayah pulang dari mengerjakan haji.
MASIH BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment