Assalamualaikum dan hai semuaaa... Bertemu lagi kita ye hihi
Okay, entri kali ini bukan pasal video kat Youtube tapi mengenai tugasan di Instagram. Kebiasaanya Prof N akan bagi tugasan gambar Instagram setiap minggu. Jadi, kami akan diberikan tema bagi setiap gambar yang akan dimuat naik di Insta.
Untuk minggu enam Instagram satu, kami semua dikehendaki untuk memuat naik gambar bertemakan bebas TAPI kami perlu buat ayat lawak yang mampu mencuit hati Prof (geli-gelikan hati Prof)
Okay, jadi prinsip Prof, dia akan "Like" semua gambar sebab itu cara dia menyemak kerja-kerja semua pelajar dia (nama pun kelas multimedia kan you all) DAN orang-orang yang mampu geletek hati Prof sahaja yang akan mendapat komen bertuah. Jadi bagi gambar minggu enam ini saya tidak bertuah kerana tidak menerima sebarang komen HAHAHA.
Prof ada cakap, kalau dia tak komen maksudnya tak lawak, dan bila tak lawak Prof N suruh cari kehidupan yang lebih baik lah lepas ni emmm hahaha padan muka kan ?
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment