Assalamualaikum dan hai semua. Entri kali ini bertajuk "Tip Belajar dengan Mudah" daripada saya. Dalam gambar yang tertera di atas, saya telah mengeluarkan dan mengupas dua tip belajar yang mudah bagi saya.
Yang pertama adalah membuat nota ringkas secara berperingkat dan bersistem mengikut keselesaan dan kefahaman diri masing-masing. Bagi saya, adalah lebih mudah sekiranya seseorang pelajar sentiasa mengemaskini nota bagi semua subjek yang diambil dari semasa ke semasa. Hal ini untuk mengelakkan daripada belajar di saat akhir dan nota yang tidak lengkap. Apabila menghasilkan sesuatu nota, lakarlah mengikut kefahaman sendiri dari segi formula, akronim, peta minda dan sebagainya.
Manakala tip kedua adalah belajar secara berkumpulan. Saya lebih memilih untuk belajar beramai-ramai secara dalam kumpulan daripada belajar seorang diri. Hal ini demikian kerana percambahan idea dan maklumat lebih tinggi berbanding belajar secara berseorangan. Komunikasi antara rakan juga lebih berkesan berbanding situasi formal semasa di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment