Monday, 23 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini


Sepanjang saya bernafas selama 23 tahun ini, terdapat satu kisah atau cerita yang tidak akan saya lupakan sehingga anak cucu. Jeng jeng jengggg cerita itu semestinya cerita tentang diri sendiri iaitu bagaimana saya mengharungi liku-liku kehidupan pada semester akhir ketika berada di dalam kelas Multimedia dalam Bahasa oleh Y.Bhg.Prof.Dr.Normaliza Abd Rahim bersama tutornya Encik Akmal Rosli. 



Hal ini demikian kerana, kelas ini sangatlah mencabar minda dan emosi anda selama sejam dua jam atau lebih lagi. Setiap saat, minit dan jam anda akan menjadi sangat berharga kerana disajikan dengan pelbagai tugasan, aktiviti, pengalaman dan pengetahuan baru untuk melakukan pelbagai perkara yang sebenarnya mudah dan ringkas. 



Yakinlah bahawa setiap pelajar yang berada di dalam kelas ini pasti sentiasa mengisar kesemua input yang disampaikan oleh Prof dan Encik Akmal dengan cepat dan pantas kerana sekiranya anda lambat, anda akan ketinggalan 10 kilometer kebelakang. Sekiranya anda terpilih menjadi pelajar Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di FBMK, UPM maka bersiap sedialah. Sekian terima kasih kerana sudi membaca :)

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019

Assalamualaikum semua hihi... Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof...