Monday 30 September 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

(comel kan?)

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Hari ini saya akan bercerita sedikit sebanyak tentang keluarga saya. Ringkasan daripada kisah keluarga saya adalah saya mempunyai seorang ibu yang penyayang dan seorang ayah yang sanggup berkorban apa sahaja demi kebajikan dan kesenangan anak-anaknya. Di samping itu saya mempunyai tiga adik beradik di atas yang merupakan dua orang kakak dan seorang abang. Kini, saya juga telah mempunyai seramai lapan orang anak saudara yang comel-comel belaka.

(Ibu dan Ayah saya)

Ibu saya merupakan orang Kedah dan ayah berdarah Kelantan. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Alor Setar Kedah. Sejarah nenek moyang yang saya tahu adalah darah keturunan saya daripada Arab, dan Siam. Ibu dan ayah saya bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya iaitu Alor Setar. 

Kakak sulung saya kini berusia 34 tahun dan mempunyai empat orang anak. Beliau seorang suri rumah tangga dan menetap di Selangor. Manakala abang saya sedang bekerja di sebuah syarikat dalam bidang IT dan perkomputeran. Kakak saya yang kedua pula bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Agama Maktab Mahmood Alor Setar.

Keunikkan yang saya rasa tidak unik pada orang lain ialah, saya seorang sahaja yang dilahirkan di Kedah. Manakala tiga yang lain adalah rakyat Wilayah Kuala Lumpur. Setahun selepas ibu dan ayah saya berpindah dari Sungai Penchala ke Alor Setar, saya pun dilahirkan.

Namun begitu, tidaklah menjadi masalah kepada saya kerana saya bangga menjadi anak jati Kedah :)

(Beraya di kampung sebelah ibu)


No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019

Assalamualaikum semua hihi... Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof...