Friday 6 December 2019

BBM3410 VIDEO ONE SHOT THREE LAYER (BERKUMPULAN)

Knock knock...

Assalamualaikum pembaca-pembaca blog saya hehe haiii

Kini, daku disini menulis entri tentang "baby" ketiga kami iaitu tak lain tak bukan video One Shot Three Layerrrrr.

Three Layer ni macam mana pula ye ? Haa video one shot three layer ni anda WAJIB take a shot video yang ada penyanyi, pelakon dan fenomena alam macam perkara semula jadi berlaku dalam hidup kita contohnya angin sepoi-sepoi bahasa, kereta motor bergerak, burung-burung berterbangan bahagia, semut berkawad satu satu horay horey (gurau).

Jadi, ketika anda merakam video ni kesemua lapisan di atas perlu terjadi dalam masa rakaman berlangsung. Bagi kumpulan saya, kami memilih lagu raya oleh Baby Shima dan Floor 88 yang bertajuk "Tak Dapat Raya".

Video ini menampilkan kesemua ahli kumpulan di mana kami semua memegang watak dalam bernyanyi (miming/tiru) dan berlakon di samping tren KLIA lalu kat belakang, pokok bergoyang perlahan, kain alas meja terselak dan kereta lalu lalang di belakang hehe. Lokasi kami di Bukit Ekspo, UPM.

Video one shot three layer ni antara yang paling mencabar sebab kami semua menunggu kehadiran yang tak dirindukan iaitu tren KLIA tu lah. Sebab tren tu antara paling ketara untuk menunjukkan ia lapisan ketiga (benda semulajadi). Walau bagaimanapun, kami semua paling seronok melihat hasil video three layer inilah hihihiwiwiwiwi.

Nak rasa keseronokan yang sama ? Tekan link nihttps://www.youtube.com/watch?v=1vrPlLe_Dyk

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019

Assalamualaikum semua hihi... Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof...