Blog
merupakan satu medium bertulis yang digunakan untuk menyampaikan maklumat,
ilmu, pengetahuan, dan perbincangan sama ada secara formal atau tidak formal.
Kegunaan blog tidaklah terbatas untuk tujuan promosi, iklan atau penyebaran maklumat
malah juga digunakan sebagai kegunaan peribadi seperti jurnal atau diari
hariannya. Blog juga merupakan satu rangkaian sosial yang membolehkan
masyarakat berkomunikasi iaitu penulis blog dan pembaca. Pada masa kini,
pelajar-pelajar universiti diberikan tugasan dengan menulis blog sebagai
melengkapkan kursus mereka. Hal ini bukan sahaja bagi tujuan penilaian di dalam
kelas malah pelajar akan cenderung kearah menghasilkan penulis secara lebih
kreatif dan berkeyakinan untuk menulis.
Blog
merupakan alat untuk berdialog antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan
pembaca blog yang lain dan penulis blog yang lain serta pembacanya. Dalam
sistem pendidikan, blog digunakan sebagai salah satu langkah asas dalam proses
penulisan. Pada era masa kini, sekolah dan universiti tidak mengehadkan kepada
alat bantuan belajar yang tertentu sahaja, tetapi bersedia untuk menggunakan
teknologi yang sedia ada atau teknologi baharu sebagai saluran komunikasi.
Menurut
Nowson (2006), blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut kronologi
manakala bahasa yang digunakan tidak formal. hal ini telah disokong oleh Levy
(2009) yang menyatakan bahawa blog dapat meningkatkan keyakinan diri,
kreativiti dan menambahkan komuniti melalui penulisan yang tidak formal. Namun
begitu, pelajar perlu berhati-hati apabila menulis blog dengan mengambil kira
isu dan topik yang dibawa. Pelajar perlu mengelakkan hal-hal yang berkait rapat
dengan sensitivity sesuatu agama atau kaum, isu-isu seperti poitik dan
sebagainya.
Menurut
Wang & Woo (2009), dengan menulis blog pelajar akan merasa bahawa penulisan
mereka bertambah baik, lebih fleksibel dan tidak terlalu terikat. Bukan itu
sahaja, blog juga boleh mencipta komunikasi dua hala antara pelajar dengan
pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar bagi menyelesaikan tugasan atau
mengekalkan hubungan sosial.
Normaliza
Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan beberapa cara untuk menulis blog dengan
baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca,
cerita menarik, memasukkan ayat-ayat humor atau jenaka, pengisian berilmu,
moral dan estetika dan lain-lain.
Kesimpulannya, blog adalah salah satu medium pelajaran yang baik untuk menghasilkan proses pembelajaran yang lebih efektif..
No comments:
Post a Comment