Normaliza
Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik antaranya:
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik
perhatian pembaca
Perkara pertama yang perlu dirancang
dahulu sebelum memulakan penulisan blog ialah tajuk penulisan. Pembaca
selalunya melihat tajuk untuk memulakan sesuatu pembacaan. Sekiranya tajuk
kelihatan menarik dan seperti banyak informasi, sudah pastinya pembaca akan
memilih untuk membaca tajuk tersebut
2. Cerita menarik yang dapat menarik
perhatian pembaca
Apabila sesuatu tajuk telah dibina,
penceritaan juga harus dibuat dengan menarik. Jadikan jalan cerita yang ingin
disampaikan adalah sesuatu yang menaik dan membuatkan pembaca ingin menhabiskan
bacaan sehingga selesai. Sekiranya cerita yang ditulis hambar dan kosong,
pembaca hanya akan membaca separuh jalan sahaja dan sudah pastinya tidak akan
mengunjungi blog tersebut pada masa akan datang
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk
jenaka untuk membuatkannya lebih menarik
Ketika menulis blog, ayat yang dibina
perlulah mengandungi unsur humor atau ditambahkan sedikit lawak jenaka yang
membina. Sesuatu penulisan blog tidak perlulah terlalu serius dan dingin
sahaja. Pembaca inginkan sesuatu pembacaan yang menarik dan tidak begitu tegang
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk
menghuraikan penulisan anda
Ketika penulisan dibuat, penulis
perlu memberi hujah terhadap mesej atau maklumat yang ingin disampaikan. Bukan sekadar
berkongsi info, malah penulis turut menyatatakan pendapat dan pandanganya agar
isi tersebut lebih berkembang dan bercambah
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita
terkini
Seterusnya, penulis perlulah
mengaitkan penulisan mereka dengan berita semasa atau terkini. Sebagai contoh,
penulisan tentang masalah kesihatan, kaitkanlah dengan berita terkini yang
berkaitan isu kesihatan sekarang.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang
ringkas
Dalam menulis blog, penulis perlu
menggunakan struktur ayat yang ringkas namun mudah difahami. Elakkan ayat yang
berbelit-belit dan berkias-kias. Asalkan sahaja maklumat tersebut dapat
disampaikan dengan mudah, tidak perlulah penerangan yang panjang lebar atau
lewah
7. Dapat dibaca dan difahami
Seterusnya, dalam penulisan sesuatu
blog, penulis perlu mempamerkan ayat yang mudah dibaca dan difahami oleh semua
peringkat pembaca. Elakkan Bahasa yang terlalu tinggi, penggunaan dialek, atau kosa
kata yang kabur maksudnya
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca
Ketika menulis sesuatu penulisan
blog, pastikan bahawa penulisan tersebut dapat berkomunikasi dengan pembaca. Elakkan
daripada menulis blog yang lebih mengacu kepada diri sendiri atau cerita
mengenai diri sendiri sahaja. Tulislah perkara yang boleh dikongsi bersama atau
berkait dengan masyarakat sekarang.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam
penulisan anda
Dalam
membuat sesuatu penulisan juga, elemen nilai estetika dan moral perlu dimasukkan
dalam penulisan blog seperti adat, adab, budaya dan sebagainya. Perkara yang
berkaitan dengan norma kehidupan dan masyarakat tidak seharusnya diabaikan
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan
Paling penting dalam penulisan blog yang
bersifat pendidikan ialah ilmu. Dalam menulis sesuatu maklumat atau pengetahuan
tentang sesuatu perkara ilmiah, penulis perlu memiliki ilmu yang tepat
tentangnya. Fakta yang dikemukakan perlulah tepat, jelas dan padat dengan ilmu.
No comments:
Post a Comment