Monday, 16 September 2019

BBM3410Satu2019: Diri

Assalamualaikum...

'

Saya seorang gadis yang diberi nama Hanna Amira binti Mohd Rosli berumur 23 tahun dan berasal dari Alor Setar, Kedah.

Saya merupakan pelajar Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) dari Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.

Pada semester ini, saya mengambil kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Normaliza binti Abd. Rahim.

Sejujurnya, saya sangat teruja dan gembira untuk mengambil kursus ini sejak dari semester-semester yang lepas walaupun saya telah sedia maklum bahawa kursus ini agak mencabar dan mempunyai banyak kerja kursus yang perlu disiapkan segera. 

Saya berharap agar kursus ini dapat memberikan saya banyak ilmu dan pengalaman dalam pelbagai perkara bukan sahaja dalam bidang multimedia malah yang paling penting adalah ilmu dalam bahasa Melayu dapat diaplikasikan dengan baik sepanjang kursus ini berjalan selama 14 minggu.

Terima Kasih kerana membaca blog ini :)

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019

Assalamualaikum semua hihi... Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof...