Sunday, 20 October 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6



Assalamualaikum...

Ini tugasan yang entah ke berapa kali saya kena buat hehe. 

Monday, 7 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Blog merupakan satu medium bertulis yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, ilmu, pengetahuan, dan perbincangan sama ada secara formal atau tidak formal. Kegunaan blog tidaklah terbatas untuk tujuan promosi, iklan atau penyebaran maklumat malah juga digunakan sebagai kegunaan peribadi seperti jurnal atau diari hariannya. Blog juga merupakan satu rangkaian sosial yang membolehkan masyarakat berkomunikasi iaitu penulis blog dan pembaca. Pada masa kini, pelajar-pelajar universiti diberikan tugasan dengan menulis blog sebagai melengkapkan kursus mereka. Hal ini bukan sahaja bagi tujuan penilaian di dalam kelas malah pelajar akan cenderung kearah menghasilkan penulis secara lebih kreatif dan berkeyakinan untuk menulis.
Blog merupakan alat untuk berdialog antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca blog yang lain dan penulis blog yang lain serta pembacanya. Dalam sistem pendidikan, blog digunakan sebagai salah satu langkah asas dalam proses penulisan. Pada era masa kini, sekolah dan universiti tidak mengehadkan kepada alat bantuan belajar yang tertentu sahaja, tetapi bersedia untuk menggunakan teknologi yang sedia ada atau teknologi baharu sebagai saluran komunikasi.
Menurut Nowson (2006), blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut kronologi manakala bahasa yang digunakan tidak formal. hal ini telah disokong oleh Levy (2009) yang menyatakan bahawa blog dapat meningkatkan keyakinan diri, kreativiti dan menambahkan komuniti melalui penulisan yang tidak formal. Namun begitu, pelajar perlu berhati-hati apabila menulis blog dengan mengambil kira isu dan topik yang dibawa. Pelajar perlu mengelakkan hal-hal yang berkait rapat dengan sensitivity sesuatu agama atau kaum, isu-isu seperti poitik dan sebagainya.
Menurut Wang & Woo (2009), dengan menulis blog pelajar akan merasa bahawa penulisan mereka bertambah baik, lebih fleksibel dan tidak terlalu terikat. Bukan itu sahaja, blog juga boleh mencipta komunikasi dua hala antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar bagi menyelesaikan tugasan atau mengekalkan hubungan sosial.
Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan beberapa cara untuk menulis blog dengan baik. Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik, memasukkan ayat-ayat humor atau jenaka, pengisian berilmu, moral dan estetika dan lain-lain.
Kesimpulannya, blog adalah salah satu medium pelajaran yang baik untuk menghasilkan proses pembelajaran yang lebih efektif.. 



Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Birds Eye View (Gadis Trex Production)


Akhir sekali, bagi gambar jenis Bird Eyes View, teknik pengambilan gambar akan dilakukan dengan meletakkan ketinggian kamera berada di atas ketinggian objek. Keadaan ini seakan-akan sama seperti penglihatan burung-burung dari jarak yang sangat tinggi. Gambar akan kelihatan luas dan berselerak serta objek-objek yang biasa akan kelihatan kecil. Untuk mendapatkan gambar seperti penglihatan burung ini, bolehlah diambil daripada bangunan yang tinggi atau dari dalam kapal terbang. 




BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Gadis Trex Production)




Bagi gambar Over The Shoulder pengambilan gambar diambil dari belakang sesuatu objek, biasanya objek tersebut hanya terlihat dari sudut kepala atau bahunya saja. Pengambilan ini bertujuan untuk memperlihatkan bahawa objek tersebut sedang melihat sesuatu yang berada di hadapannya atau objek tersebut sedang berkomunikasi antara satu sama lain seperti dua orang yang sedang berdialog. Jenis gambar seperti ini banyak dilihat di kaca televisyen yang memaparkan keadaan dari arah belakang bahu seseorang.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Gadis Trex Production)





Gambar di atas merupakan hasil Mug Shot yang diambil dengan berdasarkan kepada tiga emosi seseorang manusia iaitu marah, menangis dan gembira. Mug Shot adalah gambar muka bagi seseorang untuk dijadikan bahan atau rekod pihak polis. Biasanya, gambar jenis Mug Shot merupakan wajah penjenayah yang sangat dekat dan jelas bermula dari kepala sehingga setengah bahu. Tujuan Mug Shot adalah sebagai gambaran jelas kepada pihak polis untuk mengenalpasti rupa paras dan bentuk penjenayah tersebut.


BBM3410Satu2019: Medium Shot (Gadis Trex Production)




Seterusnya bagi Medium Shot pula pengambilan gambar diambil dari jarak sedang, terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Jika objeknya adalah manusia maka yang terlihat di dalam gambar hanyalah separuh badannya sahaja sebagai contoh dari perut atau pinggang dan keatas. Begitu juga dengan objek bukan manusia, gambar diambil tidak terlalu jauh dan secara sedang namun fokus utama masih dapat terlihat dan dikenalpasti dengan sekali pandang sahaja.




BBM3410Satu2019: Long Shot Shot (Gadis Trex Production)




    Manakala bagi gambar yang seterusnya ialah Long Shot. Pengambilan gambar jenis ini adalah secara keseluruhan. Gambar Long Shot diambil dari jarak yang jauh sehingga seluruh objek terkena hingga ke latar belakang objek. Dalam erti kata yang lain, gambar Long Shot bertujuan untuk memasukkan elemen atau objek yang jauh tetapi diambil dengan jarak yang panjang. Objek tersebut merupakan fokus utama dalam gambar. 






BBM3410Satu2019: Closed - Up (Gadis Trex Production)


Assalamualaikum =)

Pada kuliah Multimedia yang lalu, saya telah belajar asas-asas fotografik dan asas grafik. Antaranya ialah “Rule Of Thirds” yang merupakan petak sembilan yang seimbang kiri dan kanan serta atas dan bawah. Di samping itu, bagi asas fotografik terdapat 6 jenis darinya iaitu Mug Shot, Close Up, Medium Shot, Long Shot, Over The shoulder dan Bird Eyes View. Sebenarnya, terdapat lebih daripada enam asas ini tetapi hanya beberapa sahaja yang dipelajari dan dikehendaki untuk membuat tugasan.

Maka dengan itu, kami telah diberikan tugas oleh Prof. Dr. Normaliza untuk mengambil beberapa gambar yang telah diaplikasikan oleh asas-asas fotografik yang telah dipelajari.







Gambar yang tertera adalah jenis Close Up yang juga terdiri daripada manusia. Gambar jenis Close Up ini tidak semestinya dalam bentuk rasmi atau dirancang malah boleh juga bergaya bebas, bersahaja, santai atau candid. Biasanya gambar jenis Close Up ini digunakan sebagai gambar identiti diri seperti yang tertera dalam kad pengenalan, passport, lesen memandu dan sebagainya. Gambar Close Up malah lebih dekat dan jelas menunjukkan wajah seseorang.




Gambar Close Up bukan sahaja terdiri daripada manusia malah juga boleh dalam bentuk alam semulajadi seperti flora dan fauna atau kejadian alam yang lain yang berupa pemandangan atau sesuatu fenomena. Tujuan gambar Close Up bagi alam adalah untuk melihat kepada rupa bentuk, warna, atau ciri-ciri sesuatu hidupan tersebut. Manusia dapat melihat dengan lebih dekat dan jelas sesuatu kejadian untuk dijadikan bahan pelajaran, pengetahuan mahupun seni. Sebagai contoh, hidupan kecil seperti semut, lebah, corak dan bentuk bunga-bungaan, cendawan, ira kayu dan sebagainya.

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMATSATU2019

Assalamualaikum semua hihi... Entri kali ini MUNGKIN menjadi entri terakhir bagi subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof...